Thursday, January 12, 2012

Semakin Tinggi Semakin Susah - Respiration (F4)


"Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk diberi hidayat petunjuk kepadanya, nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima agama dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk disesatkan, nescaya Dia akan menjadikan dadanya sesak sempit (sesempit-sempitnya), seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah (Allah menimpakan) azab kepada orang-orang yang tidak beriman."
[al An'aam, 125]

Atmosfera bumi adalah tepu dengan udara yang semakin menipis apabila kita berada semakin tinggi. Hampir 99% udara berada di bawah thermosfera - kawasan yang bermula dari 0 hingga 50 meter dari aras laut. Semakin kurang udara, maka tekanan juga semakin menurun.


Kuantiti oksigen yang memasuki salur darah semakin merosot apabila kita berada di tempat yang semakin tinggi kerana tekanan atmosfera semakin menurun. Jika seseorang kekurangan oksigen, mereka akan menunjukkan tanda-tanda seperti semput, letih, pening kepala, loya dan sukar melangkah. Ini terjadi kerana kurangnya oksigen yang dapat digunakan oleh tubuh untuk respirasi sel bagi membolehkan badan menjalankan tugas-tugasnya dengan sempurna. Tanda-tanda ini sering berlaku kepada pendaki-pendaki yang tidak membuat cukup latihan sebelum mendaki, dimana badan mereka tidak dapat beradaptasi dengan keadaan baru yang kekurangan oksigen.

Ini menyebabkan badan kita terpaksa menjana tenaga tambahan dengan kuantiti yang terhad. Keadaan ini dinamakan "anoxia", bilamana badan gagal menjana cukup oksigen untuk dibekalkan ke seluruh badan. Darah (yang kekurangan oksigen) memaksa jantung bekerja lebih kuat untuk mengepam seberapa banyak oksigen ke seluruh badan, hasilnya dada akan terasa amat pedih dan sakit.

No comments:

Post a Comment