Thursday, January 12, 2012

Semakin Tinggi Semakin Susah - Respiration (F4)


"Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk diberi hidayat petunjuk kepadanya, nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima agama dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk disesatkan, nescaya Dia akan menjadikan dadanya sesak sempit (sesempit-sempitnya), seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah (Allah menimpakan) azab kepada orang-orang yang tidak beriman."
[al An'aam, 125]

Atmosfera bumi adalah tepu dengan udara yang semakin menipis apabila kita berada semakin tinggi. Hampir 99% udara berada di bawah thermosfera - kawasan yang bermula dari 0 hingga 50 meter dari aras laut. Semakin kurang udara, maka tekanan juga semakin menurun.


Kuantiti oksigen yang memasuki salur darah semakin merosot apabila kita berada di tempat yang semakin tinggi kerana tekanan atmosfera semakin menurun. Jika seseorang kekurangan oksigen, mereka akan menunjukkan tanda-tanda seperti semput, letih, pening kepala, loya dan sukar melangkah. Ini terjadi kerana kurangnya oksigen yang dapat digunakan oleh tubuh untuk respirasi sel bagi membolehkan badan menjalankan tugas-tugasnya dengan sempurna. Tanda-tanda ini sering berlaku kepada pendaki-pendaki yang tidak membuat cukup latihan sebelum mendaki, dimana badan mereka tidak dapat beradaptasi dengan keadaan baru yang kekurangan oksigen.

Ini menyebabkan badan kita terpaksa menjana tenaga tambahan dengan kuantiti yang terhad. Keadaan ini dinamakan "anoxia", bilamana badan gagal menjana cukup oksigen untuk dibekalkan ke seluruh badan. Darah (yang kekurangan oksigen) memaksa jantung bekerja lebih kuat untuk mengepam seberapa banyak oksigen ke seluruh badan, hasilnya dada akan terasa amat pedih dan sakit.

Wednesday, January 11, 2012

Otak Manusia Itu Sentiasa Bersujud - Coordinations & Response (F5)





Prefrontal Cortex (seperti dalam gambar di atas) adalah decision maker bagi manusia untuk merancang, berfikir dengan waras, rasional, kreativiti, merancang masa depan, berfikiran kritis dan banyak lagi sifat yang membezakan antara manusia dan haiwan.

Apabila kita sujud, yakni di dalam solat, jantung akan menjadi lebih tinggi daripada otak, maka darah akan turun ke bahagian ini. Ini akan menyebabkan keseluruhan bahagian prefrontal cortex ini akan diperbaiki dan menjadi lebih baik. Hasilnya, mukmin boleh membuat keputusan yang lebih bijak, boleh berfikir mana yang baik dan buruk, dan boleh mencegah daripada melakukan kemungkaran. Terbuktilah ayat al Quran yang menerangkan bahawa solat itu dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar [al Ankabut, 45].

Kenapa solat dan sujud dapat menenangkan hati ketika sedang stress?

Ketika stress, hormon adrenalin akan dirembeskan. Maka kadar pengaliran darah ke prefrontal cortex akan berkurangan kerana apabila berada dalam keadaan sebegini, dari segi fisiologinya, manusia akan bertindak pantas tanpa berfikir (flight or fight). Jadi, bagi merawat stress ini, kita mestilah selalu sujud kepada Allah. Dengan sujud, kita dapat membuka lebih ruang kapilari darah untuk ke prefrontal area ini. 

…dan sujudlah dan dekatkanlah (dirimu kepada Tuhan).” 
[al Alaq: 19] 

Ketahuilah, sungguh jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) nescaya Kami tarik ubun-ubunnya, (iaitu) ubun-ubun orang yang mendustakan lagi derhaka.” 
[al Alaq, 15-16] 

Ungkapan “ubun-ubun orang yang mendustakan lagi derhaka” dalam ayat di atas sungguh menarik. Penelitian yang dilakukan di tahun-tahun kebelakangan ini mengungkapkan bahawa bahagian prefrontal, yang bertugas mengatur fungsi-fungsi khusus otak terletak pada bahagian depan tulang tengkorak. Para ilmuwan hanya mampu menemui fungsi bahagian ini setelah kurun 60 tahun terakhir, sedangkan Al Qur’an telah menyebutkannya 1400 tahun lalu. 

(Seeley, Rod R.; Trent D. Stephens; and Philip Tate, 1996, Essentials of Anatomy & Physiology, 2. edition, St. Louis, Mosby-Year Book Inc., s. 211; Noback, Charles R.; N. L. Strominger; and R. J. Demarest, 1991, The Human Nervous System, Introduction and Review, 4. edition, Philadelphia, Lea & Febiger , s. 410-411)